Search

Products

Kata-Kata Aluan

Salam Perkenalan para pembaca blog yang setia..

Di ruangan blog ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai ruang-ruang yang dapat kita selami dalam menceburi bidang jualan melalui internet. Memandangkan saya juga melalui proses menimba ilmu, mungkin ada sesetengah info yang saya bincangkan atau kongsikan telah anda ketahui. Tapi tidak salah jika sekiranya saya jadikan blog saya ini sebagai panduan atau perkongsian idea bagi mereka-mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan melalui internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba menjadikan blog ini lebih menarik dan menepati kehendak pembaca sekalian.

Anda juga boleh meluahkan pendapat anda melalui blog ini dengan menghantarkan info anda kepada saya menerusi email erpuzy159@yahoo.com. Sekiranya ia menepati objektif blog ini, saya akan postkan hasil tulisan anda di sini beserta nama anda sekali.

Sekian,

Nozi

Sunday, May 10, 2009

Sekian Lama

Salam Semua pembaca,


Maaflah sebab lama saya tak update blog ni.Saya sebenarnya sedang bergiat dengan wordpress blog. Mencari sebanyak mungkin ilmu mengenai wordpress dan apa yang ada pada wordpress. Saya sekarang cuba menjana kewangan melaluinya tetapi masih lagi dalam proses pembelajaran. Baru bertatih.


Saya ceburkan diri dalam bidang Affiliate.Mencari mana-mana affiliate yang terkenal dan laris. Juga mendapatkan info bagaimana untuk melariskan program affiliate ni.


Jika tidak keberatan, jom ke laman baru saya di http://www.gedungilmu.com/


Sekian,

Nozi


Monday, April 13, 2009

Ekonomi kita

Kesan kegawatan ekonomi kepada rakyat Malaysia kini memberi sedikit kesedaran kepada saya dalam menguruskan kewangan persendirian. Macam-macam cerita yang saya dengar dari rakan-rakan. Ada yang diberhentikan kerja 24 jam sedangkan hutang piutang masih belum terjelas.

Apakah caranya untuk kita bersedia dalam keadaan yang mengejut ini? Adakah kita hanya meneruskan rutin kita seperti biasa? Atau kita jadikan ia sebagai kesedaran untuk kita?

Memang kita masih bernasib baik tidak dibuang kerja. Tapi apa akan jadi sekiranya kita mengelami nasib yang sama seperti rakan-rakan kita? Sekadar menggigit jari? Itulah sebenarnya yang saya ingin galakkan rakan-rakan pembaca supaya fikir ke hadapan untuk cuba mencari langkah yang awal dalam persedian untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi.

Saya tekankan di sini adalah pertama, kita perlulah mencari alternative lain sebagai pendapatan sampingan kita. Sebagai contoh yang paling mudah ialah dengan menjadikan internet sebagai modal perniagaan. Anda sudah tentu mempunyai bakat terpendam yang masih belum digunakan atau dikongsikan bukan? Apa kata, jika anda mengadaptasikannya di layer internet?

Cuba anda fikir-fikirkan. Sekiranyalah ditakdirkan anda dibuang pekerjaan, dengan hutang keliling pinggang, apa yang boleh anda lakukan? Mungkin anda akan dapat wang pampasan selama 2 atau 3 bulan, tetapi adakah ia dapat menjamin kehidupan anda nanti? Pasti duit tersebut anda akan habiskan untuk menampung perbelanjaan harian dan mungkin sedikit sahaja hutang yang dapat dilangsaikan.

Kedua, cubalah anda semak semula adakah anda mempunyai ‘saving’ atau simpanan? Mungkin anda ada sedikit sahaja simpanan. Tidak hairanlah sekiranya anda pernah keluarkan simpanan anda untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Jadi, selagi anda masih bekerja, cubalah membuat simpanan sebanyak mungkin.

Ketiga, adakah anda biasa menggunakan kad kredit? Saya yakin, ramai yang sudah menjadi kebiasaan menggunakan kad kredit. Buat masa ini, kurangkan atau cubalah hentikan penggunaan kad kredit. Penggunaan kad kredit yang terlalu banyak boleh membebankan. Gunalah wang tunai sekiranya anda boleh menggunakan wang tunai.

Keempat, saya sarankan janganlah anda menambah hutang yang tersedia ada. Contohnya membeli kereta baru, motor baru atau apa-apa pinjaman melalui bank buat masa ini. Sekiranya anda kehilangan kerja, di manakah anda akan tujui untuk melunaskan hutang-hutang anda? Oh tidak, saya pun tidak sanggup melihat anda menghadapi kerumitan yang sedemikian rupa.

Jadi, marilah kita sama-sama renungkan seketika. Betulkah apa yang saya cetuskan di sini? Atau sekadar omong-omong kosong? Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda.

Sekian. Terima Kasih.

Ikhlas daripada,

Nozi

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuesday, April 7, 2009

Usahawan Muslim perlu rebut peluang perniagaan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca,

Keratan majalah Islamik, I terbitan Karangkraf:

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yangberjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaaninternetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanyagolongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisahmengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padatyang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaaninternet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar seriusmahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadirikursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka,kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku RahsiaJutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yangpertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet,sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejakmunculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaaninternet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak,meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluhtahun yang lalu.

"Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan iniia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Sayaharap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahunlepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama dikalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melaluiinternet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.

FENOMENA BARU

Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadiBest-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH danKinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 MembinaLaman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di sampingWorkshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh IrfanKhairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produkseumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidakharus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja.Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbukaluas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkanMalaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaanperniagaan melalui internet.

"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi olehkaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika sayabersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yangada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situsaja satu idea memulakan perniagaan internet - menjualbuku-bukuagama - boleh dilakukan," kata Irfan.

POTENSI MASA DEPAN

Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akanmenjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, danmajalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikianjuga dengan internet.

"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 jutaorang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang,bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kitaharus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapimungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet danpenerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiringdengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industriICT di Negara ini."

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masihtidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja bolehmemulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untukmelakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modalyang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumatyang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduanmengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itumembina laman web nya sendiri.

"Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itutidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat.Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet -samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel ataumembuat penyelidikan.

Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word,maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkanmereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan.Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yangsudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapatmenerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedaiitu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet,usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysiayang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk merekake seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1billion orang.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaankonvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajinberusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Iaboleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalulintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak sertakepada mereka yang masih menganggur.

"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaanmereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harusmemberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaanmelalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yangsungguh minimum.

"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dantidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukansahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satucara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kataIrfan lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, April 4, 2009

Percuma!!! - Interview Bersama 7 Blogger Malaysia

Dapatkan eBook percuma '7 Blogger Malaysia'


eBook ini adalah hasil daripada interview bersama 7 Blogger Malaysia yang disediakan oleh Mohd Zulfadhli B Suddin a.k.a SmartZul @ SmartUsaha.com

Sila emailkan kepada erpuzy159@yahoo.com sekiranya anda ingin memuat turun eBook ini. Ianya Percuma dari SmartUsaha.com

Sekian,

Nozi

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, March 23, 2009

Contoh eBook Cover

Assalamualaikum,

Ni saya sertakan dua design ebook cover yang simple hasil dari koleksi minisite ini. Menarik bukan? Just simple one. Design ni saya buat hasil dari koleksi minisite ini. Tapi kita boleh edit lagi cover ni supaya nampak lebih menarik. Tapi ada sesetengah ebook yang covernyer simple sahaja. Kadang2 yang simple itu menarik. Apa yang lebih penting, isi kat dalam tu yang kena bagus dan banyak manfaat.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, March 20, 2009

Tips untuk mengetahui kehadiran pelawat blog anda

Salam Sejahtera para pembaca...

Bagaimana untuk kita ketahui berapa ramai orang telah mengunjungi blog atau website kita? Sekarang bermacam2 tools yang kita boleh perolehi untuk mengira bilangan pengunjung. Seperti yang saya gunakan sekarang ni boleh didapati di http://www.widgeo.net/. Macam2 warna anda boleh pilih bersesuaian dengan background website anda.

Untuk blogger ni anda hanya perlu masukkan codenya kedalam widget blogger ni. Senang sahaja. Selepas itu, anda boleh track orang yang masuk ke blog anda.

Selain daripada itu, anda boleh juga cuba ke laman ini untuk menggunakan counter di sini http://www.statcounter.com/. Kaedahnya juga sama seperti di Widgeo.

Selamat mencuba...

Ikhlas daripada,

Nozi
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, March 19, 2009

eBook & Majalah IM

Sekarang saya sedang mengkaji kelebihan perniagaan eBook. Saya dapat lihat sekarang, eBook begitu laris dijual di internet dan juga ramai orang kita, Malaysia yang menjual eBook. Saya juga dapat melihat kepakaran anak-anak muda kita dalam menghasilkan karya yang begitu memberangsangkan seperti tidak padan dengan umur mereka. Sememangnya jika ada ilmu dan dipraktikkan kepada sesuatu yang diluar jangkaan, pasti anda juga inginkan sebegitu bukan?

Saya pun cuba untuk menghasilkan satu eBook. Satu ilmu yang tkkan saya pendam sorang2. InsyaAllah akan dikembangkan juga. Saya rasa, jika ilmu sekadar digunakan untuk diri sendiri dan tidak dimanfaatkan sememangnya tidak akan menguntungkan sesiapa.

Cubalah juga melayari laman Majalah IM (http://www.majalahim.com/) untuk melihat contoh kejayaan orang kita dan juga ilmu2 internet di sini.
























------------------------------------------------------------------------------------------------