Search

Products

Kata-Kata Aluan

Salam Perkenalan para pembaca blog yang setia..

Di ruangan blog ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai ruang-ruang yang dapat kita selami dalam menceburi bidang jualan melalui internet. Memandangkan saya juga melalui proses menimba ilmu, mungkin ada sesetengah info yang saya bincangkan atau kongsikan telah anda ketahui. Tapi tidak salah jika sekiranya saya jadikan blog saya ini sebagai panduan atau perkongsian idea bagi mereka-mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan melalui internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba menjadikan blog ini lebih menarik dan menepati kehendak pembaca sekalian.

Anda juga boleh meluahkan pendapat anda melalui blog ini dengan menghantarkan info anda kepada saya menerusi email erpuzy159@yahoo.com. Sekiranya ia menepati objektif blog ini, saya akan postkan hasil tulisan anda di sini beserta nama anda sekali.

Sekian,

Nozi

Thursday, March 19, 2009

eBook & Majalah IM

Sekarang saya sedang mengkaji kelebihan perniagaan eBook. Saya dapat lihat sekarang, eBook begitu laris dijual di internet dan juga ramai orang kita, Malaysia yang menjual eBook. Saya juga dapat melihat kepakaran anak-anak muda kita dalam menghasilkan karya yang begitu memberangsangkan seperti tidak padan dengan umur mereka. Sememangnya jika ada ilmu dan dipraktikkan kepada sesuatu yang diluar jangkaan, pasti anda juga inginkan sebegitu bukan?

Saya pun cuba untuk menghasilkan satu eBook. Satu ilmu yang tkkan saya pendam sorang2. InsyaAllah akan dikembangkan juga. Saya rasa, jika ilmu sekadar digunakan untuk diri sendiri dan tidak dimanfaatkan sememangnya tidak akan menguntungkan sesiapa.

Cubalah juga melayari laman Majalah IM (http://www.majalahim.com/) untuk melihat contoh kejayaan orang kita dan juga ilmu2 internet di sini.
























------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment