Search

Products

Kata-Kata Aluan

Salam Perkenalan para pembaca blog yang setia..

Di ruangan blog ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai ruang-ruang yang dapat kita selami dalam menceburi bidang jualan melalui internet. Memandangkan saya juga melalui proses menimba ilmu, mungkin ada sesetengah info yang saya bincangkan atau kongsikan telah anda ketahui. Tapi tidak salah jika sekiranya saya jadikan blog saya ini sebagai panduan atau perkongsian idea bagi mereka-mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan melalui internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba menjadikan blog ini lebih menarik dan menepati kehendak pembaca sekalian.

Anda juga boleh meluahkan pendapat anda melalui blog ini dengan menghantarkan info anda kepada saya menerusi email erpuzy159@yahoo.com. Sekiranya ia menepati objektif blog ini, saya akan postkan hasil tulisan anda di sini beserta nama anda sekali.

Sekian,

Nozi

Monday, March 23, 2009

Contoh eBook Cover

Assalamualaikum,

Ni saya sertakan dua design ebook cover yang simple hasil dari koleksi minisite ini. Menarik bukan? Just simple one. Design ni saya buat hasil dari koleksi minisite ini. Tapi kita boleh edit lagi cover ni supaya nampak lebih menarik. Tapi ada sesetengah ebook yang covernyer simple sahaja. Kadang2 yang simple itu menarik. Apa yang lebih penting, isi kat dalam tu yang kena bagus dan banyak manfaat.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, March 20, 2009

Tips untuk mengetahui kehadiran pelawat blog anda

Salam Sejahtera para pembaca...

Bagaimana untuk kita ketahui berapa ramai orang telah mengunjungi blog atau website kita? Sekarang bermacam2 tools yang kita boleh perolehi untuk mengira bilangan pengunjung. Seperti yang saya gunakan sekarang ni boleh didapati di http://www.widgeo.net/. Macam2 warna anda boleh pilih bersesuaian dengan background website anda.

Untuk blogger ni anda hanya perlu masukkan codenya kedalam widget blogger ni. Senang sahaja. Selepas itu, anda boleh track orang yang masuk ke blog anda.

Selain daripada itu, anda boleh juga cuba ke laman ini untuk menggunakan counter di sini http://www.statcounter.com/. Kaedahnya juga sama seperti di Widgeo.

Selamat mencuba...

Ikhlas daripada,

Nozi
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, March 19, 2009

eBook & Majalah IM

Sekarang saya sedang mengkaji kelebihan perniagaan eBook. Saya dapat lihat sekarang, eBook begitu laris dijual di internet dan juga ramai orang kita, Malaysia yang menjual eBook. Saya juga dapat melihat kepakaran anak-anak muda kita dalam menghasilkan karya yang begitu memberangsangkan seperti tidak padan dengan umur mereka. Sememangnya jika ada ilmu dan dipraktikkan kepada sesuatu yang diluar jangkaan, pasti anda juga inginkan sebegitu bukan?

Saya pun cuba untuk menghasilkan satu eBook. Satu ilmu yang tkkan saya pendam sorang2. InsyaAllah akan dikembangkan juga. Saya rasa, jika ilmu sekadar digunakan untuk diri sendiri dan tidak dimanfaatkan sememangnya tidak akan menguntungkan sesiapa.

Cubalah juga melayari laman Majalah IM (http://www.majalahim.com/) untuk melihat contoh kejayaan orang kita dan juga ilmu2 internet di sini.
























------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, March 16, 2009

Koleksi Grafik MiniSite


Adakah anda inginkan grafik yang cantik untuk Website anda?

Di sini, saya sertakan satu package grafik yang sangat hebat yang boleh anda gunakan untuk membina laman web anda.

Selain daripada itu, anda akan dapat percuma 'Font' yang menarik yang boleh anda gunakan untuk membuat Cover untuk eBook sekiranya anda ingin menghasilkan eBook. Begitu juga design eBook cover yang menarik yang boleh anda gunakan.

Jangan lepaskan peluang ini. Sekarang hanya dengan RM5 sahaja anda akan dapat sesuatu yang amat berharga untuk anda.


Sila lihat langkah di sebelah untuk meneruskan pembelian. Setelah Langkah 2 selesai, saya akan menghantar pesanan anda dalam masa 48 jam.
Saya jamin, anda tidak akan menyesal dengan Koleksi Grafik Minisite ini.