Search

Products

Kata-Kata Aluan

Salam Perkenalan para pembaca blog yang setia..

Di ruangan blog ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai ruang-ruang yang dapat kita selami dalam menceburi bidang jualan melalui internet. Memandangkan saya juga melalui proses menimba ilmu, mungkin ada sesetengah info yang saya bincangkan atau kongsikan telah anda ketahui. Tapi tidak salah jika sekiranya saya jadikan blog saya ini sebagai panduan atau perkongsian idea bagi mereka-mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan melalui internet ini. InsyaAllah, saya akan cuba menjadikan blog ini lebih menarik dan menepati kehendak pembaca sekalian.

Anda juga boleh meluahkan pendapat anda melalui blog ini dengan menghantarkan info anda kepada saya menerusi email erpuzy159@yahoo.com. Sekiranya ia menepati objektif blog ini, saya akan postkan hasil tulisan anda di sini beserta nama anda sekali.

Sekian,

Nozi

Monday, April 13, 2009

Ekonomi kita

Kesan kegawatan ekonomi kepada rakyat Malaysia kini memberi sedikit kesedaran kepada saya dalam menguruskan kewangan persendirian. Macam-macam cerita yang saya dengar dari rakan-rakan. Ada yang diberhentikan kerja 24 jam sedangkan hutang piutang masih belum terjelas.

Apakah caranya untuk kita bersedia dalam keadaan yang mengejut ini? Adakah kita hanya meneruskan rutin kita seperti biasa? Atau kita jadikan ia sebagai kesedaran untuk kita?

Memang kita masih bernasib baik tidak dibuang kerja. Tapi apa akan jadi sekiranya kita mengelami nasib yang sama seperti rakan-rakan kita? Sekadar menggigit jari? Itulah sebenarnya yang saya ingin galakkan rakan-rakan pembaca supaya fikir ke hadapan untuk cuba mencari langkah yang awal dalam persedian untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi.

Saya tekankan di sini adalah pertama, kita perlulah mencari alternative lain sebagai pendapatan sampingan kita. Sebagai contoh yang paling mudah ialah dengan menjadikan internet sebagai modal perniagaan. Anda sudah tentu mempunyai bakat terpendam yang masih belum digunakan atau dikongsikan bukan? Apa kata, jika anda mengadaptasikannya di layer internet?

Cuba anda fikir-fikirkan. Sekiranyalah ditakdirkan anda dibuang pekerjaan, dengan hutang keliling pinggang, apa yang boleh anda lakukan? Mungkin anda akan dapat wang pampasan selama 2 atau 3 bulan, tetapi adakah ia dapat menjamin kehidupan anda nanti? Pasti duit tersebut anda akan habiskan untuk menampung perbelanjaan harian dan mungkin sedikit sahaja hutang yang dapat dilangsaikan.

Kedua, cubalah anda semak semula adakah anda mempunyai ‘saving’ atau simpanan? Mungkin anda ada sedikit sahaja simpanan. Tidak hairanlah sekiranya anda pernah keluarkan simpanan anda untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Jadi, selagi anda masih bekerja, cubalah membuat simpanan sebanyak mungkin.

Ketiga, adakah anda biasa menggunakan kad kredit? Saya yakin, ramai yang sudah menjadi kebiasaan menggunakan kad kredit. Buat masa ini, kurangkan atau cubalah hentikan penggunaan kad kredit. Penggunaan kad kredit yang terlalu banyak boleh membebankan. Gunalah wang tunai sekiranya anda boleh menggunakan wang tunai.

Keempat, saya sarankan janganlah anda menambah hutang yang tersedia ada. Contohnya membeli kereta baru, motor baru atau apa-apa pinjaman melalui bank buat masa ini. Sekiranya anda kehilangan kerja, di manakah anda akan tujui untuk melunaskan hutang-hutang anda? Oh tidak, saya pun tidak sanggup melihat anda menghadapi kerumitan yang sedemikian rupa.

Jadi, marilah kita sama-sama renungkan seketika. Betulkah apa yang saya cetuskan di sini? Atau sekadar omong-omong kosong? Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda.

Sekian. Terima Kasih.

Ikhlas daripada,

Nozi

-------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment